Shahrudin tekankan integriti, penguatkuasaan adil dan kerjasama komuniti

KOTA KINABALU – Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu yang baharu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain menggariskan tiga keutamaan yang akan menjadi teras kepimpinannya, iaitu memperkasakan profesionalisme pasukan, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara adil dan tegas serta memperkukuh hubungan dengan masyarakat.

Beliau berkata, kepimpinannya bukan bertujuan mengubah dasar sedia ada, sebaliknya meneruskan segala usaha yang telah dilaksanakan sebelum ini dengan penambahbaikan secara berterusan selaras dengan aspirasi kepimpinan tertinggi PDRM.

“Seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu perlu bergerak sebagai satu pasukan bagi merealisasikan visi PDRM sebagai organisasi keselamatan yang berintegriti, profesional dan diyakini masyarakat.

“Saya turut menegaskan bahawa kejayaan merealisasikan hasrat tersebut memerlukan sokongan berterusan daripada kepimpinan Polis Kontinjen Sabah, seluruh warga PDRM, agensi kerajaan serta komuniti setempat,” katanya berucap pada Majlis Serah Terima Tugas di IPD Kota Kinabalu, pada Rabu.



Majlis berkenaan disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Shahrudin turut menzahirkan penghargaan kepada Jauteh atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui IPD Kota Kinabalu selain kepada Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman atas kepimpinan, dedikasi dan komitmen sepanjang memangku jawatan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.

“Keamanan merupakan asas kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan sesebuah kawasan.

“Justeru, saya bertekad untuk terus memperkukuhkan keselamatan di Kota Kinabalu melalui kerjasama erat antara PDRM, agensi berkaitan dan masyarakat.” Jelasnya.

Majlis itu turut menyaksikan penyerahan tongkat kuasa daripada Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman, sebagai simbolik pertukaran kepimpinan.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion