Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

SHAH ALAM – Program Jelapang Padi Darul Ehsan (JPDE) mencatat kejayaan memberangsangkan apabila merekodkan purata hasil tuaian sebanyak 7.5 tan metrik sehektar (MT/ha) bagi Musim 2/2025, iaitu kira-kira 70 peratus lebih tinggi berbanding purata hasil padi Selangor sebanyak 4.4 MT/ha.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, pencapaian itu diperoleh menerusi projek perintis Pelan Transformasi Agro Selangor yang melibatkan kawasan seluas 243 hektar dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Peningkatan hasil ini bukan sahaja memberikan pulangan ekonomi yang lebih baik kepada peserta program, malah memperkukuhkan agenda sekuriti makanan negeri menerusi penggunaan teknologi pertanian pintar seperti dron dan jentera moden bagi meningkatkan produktiviti sawah secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, usaha berterusan itu selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkukuh keterjaminan makanan dan memastikan bekalan makanan mencukupi melalui pengurusan sawah yang lebih berkesan dan mampan.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Khairil berkata fasa pertama musim penanaman baharu yang bermula pada 4 Julai lalu dijangka mengeluarkan hasil pada awal Oktober ini sekali gus meneruskan momentum kejayaan yang dicapai menerusi program tersebut.

Katanya, pencapaian itu mengukuhkan peranan PKPS sebagai peneraju pembangunan sektor agromakanan Selangor yang komited melaksanakan inisiatif berimpak tinggi demi meningkatkan kesejahteraan pesawah serta memperkukuh jaminan bekalan makanan negara.

Mohamad Khairil berkata, kejayaan projek perintis itu turut membuktikan bahawa gabungan teknologi moden dan pengurusan cekap mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor agromakanan, di samping memperkukuhkan ekonomi pesawah serta menarik lebih ramai generasi muda menceburi industri penanaman padi.

“Program transformasi yang dilaksanakan secara berfasa ini dijangka terus menjadi pemacu utama kepada pembangunan sektor pertanian dan keterjaminan makanan Selangor pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

SANDAKAN – Sebanyak 165.96 gram dadah disyaki syabu bernilai RM18,200 berjaya dirampas dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan