Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

MIRI – Pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) melalui kemudahan kod QR di empat pintu masuk utama sempadan Sarawak-Brunei disambut baik oleh pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man menyifatkan inisiatif tersebut sebagai langkah positif dalam usaha memodenkan pengurusan sempadan negara.

Menurutnya, sistem itu mampu mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen dan mengurangkan kesesakan khususnya pada waktu puncak, hujung minggu, serta musim perayaan.

“Kelancaran operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh amat penting bagi menyokong aktiviti pergerakan harian, perdagangan, dan kemasukan pelawat dari Brunei.

“Dalam tempoh awal pelaksanaan, pemeriksaan pasport secara manual perlu terus dikekalkan dan mudah diaktifkan sebagai pelan sandaran apabila diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun, Chiew menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia agar melaksanakan sistem digital berkenaan secara berperingkat dan berhati-hati.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Miri itu memaklumkan bahawa tiga lorong ketibaan dan tiga lorong pelepasan di ICQS Sungai Tujoh disediakan khas bagi pengguna aplikasi MyNIISe.

Namun begitu, beliau memberi jaminan bahawa pelawat yang belum memuat turun atau mendaftar aplikasi terbabit masih boleh berurusan seperti biasa menggunakan pasport di kaunter manual.

Beliau turut menggalakkan rakyat Malaysia yang kerap berulang-alik merentasi sempadan supaya mendaftar aplikasi itu lebih awal bagi menikmati kelancaran perkhidmatan.

Dalam pada itu, Chiew merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen berterusan dalam menambah baik kelancaran operasi di pintu sempadan Sarawak-Brunei.

Tegasnya, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri akan terus memantau rapi pelaksanaan sistem baharu tersebut dari semasa ke semasa.

“Sebarang masalah dan maklum balas daripada masyarakat akan terus dipanjangkan kepada KDN serta Jabatan Imigresen untuk tindakan susulan,” ujarnya.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan