Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan mereka yang terbabit dalam aktiviti lumba haram supaya segera menghentikan perbuatan itu sebelum mengundang kemalangan atau tragedi.

Baginda bertitah, setiap individu perlu selalu mengingati keluarga yang sentiasa menanti kepulangan mereka dengan selamat dan tidak menjadikan jalan raya sebagai medan untuk menguji keberanian.

“Beta amat berdukacita melihat masih wujud segelintir anak muda memilih jalan raya sebagai pentas mencari kemasyhuran, menjadikan deruman enjin sebagai lambang keberanian dan menganggap perlumbaan haram sebagai kebanggaan.

“Lebih mendukacitakan apabila budaya tidak bermoral ini diraikan di media sosial. Aksi berbahaya dipertontonkan untuk meraih pujian dan perhatian sedangkan hakikatnya, tepukan diterima hari ini sering kali berakhir dengan tangisan ibu bapa, penyesalan yang tiada penghujung dan pusara yang sunyi,” titah baginda, seperti dilapor Bernama.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, di sini, hari ini.

Yang turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda memandang serius isu lambakan warga asing termasuk pelarian Rohingya dan menitahkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan drastik dengan meruntuhkan struktur bangunan, khususnya di tanah kerajaan jika terdapat penempatan haram oleh golongan itu.

Baginda juga menyeru Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh kawalan sempadan negara, memperketat proses kemasukan warga asing, mempercepat penghantaran pulang pendatang tanpa izin serta mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat.

“Malah, pada hemat beta, langkah yang paling berkesan ialah membendung isu ini dari pintu masuk negara, khususnya di perairan negara sebelum mereka berjaya bertapak dan membentuk penempatan.

“Mencegah di sempadan jauh lebih berkesan daripada merawat apabila keadaan telah menjadi rumit,” titah baginda.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik