JPN Selangor beri kerjasama penuh siasatan kematian guru di Hulu Selangor

SHAH ALAM – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan berhubung kematian seorang guru wanita di sebuah sekolah di Hulu Selangor, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, JPN Selangor memaklumkan bahawa keutamaan ketika ini adalah memastikan kebajikan keluarga mangsa terus diberikan perhatian, selain menyediakan khidmat sokongan psikososial kepada warga sekolah yang terkesan dengan kejadian berkenaan.

“Semua pihak turut diseru agar menghormati privasi keluarga mangsa dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

“JPN Selangor menyeru masyarakat supaya menghormati privasi keluarga serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan,” menurut kenyataan itu.

JPN Selangor turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan rasa dukacita atas kejadian yang menimpa guru berkenaan.

Semalam, media melaporkan polis menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi mengenai seorang guru wanita yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Hulu Selangor.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala siasatan lanjut oleh pihak polis sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian