Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat.

Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto Launa berkata, penantian selama 40 tahun itu akhirnya tercapai selepas seorang penduduk menyerahkan tapak rumah miliknya untuk dijadikan lokasi pembinaan masjid.

“Sebelum ini, penduduk kampung terpaksa menggunakan kemudahan masjid yang beroperasi di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kinabutan sejak era 1980-an berikutan kekangan mendapatkan tapak sesuai untuk pembinaan rumah ibadat.

“Masalah kepadatan rumah serta ruang yang terhad juga menyebabkan hasrat itu tidak dapat direalisasikan,” katanya

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Masjid Al-Ghafur, Kampung Kinabutan Bukit yang disempurnakan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurut Sukianto, masjid berkenaan dibina hasil sumbangan penduduk kampung, pemimpin setempat serta pihak tertentu dengan kos keseluruhan mencecah sehingga RM250,000.

Sementara itu, Nizam memuji pembinaan Masjid Al-Ghafur yang diifatkannya membuktikan semangat kerjasama dan pengorbanan penduduk kampung dalam merealisasikan impian memiliki masjid yang lebih selesa serta sesuai.

“Dengan adanya masjid baharu ini, penduduk kampung kini mempunyai ruang yang lebih selesa untuk melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan seperti kelas al-Quran, program dakwah dan aktiviti kemasyarakatan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa masjid khususnya Ustaz Sukianto Launa bersama semua pihak yang terlibat kerana berjaya membina masjid ini dalam tempoh kira-kira dua tahun,” katanya.

Justeru, beliau menzahirkan harapan agar masjid yang menjadi pusat penyatuan masyarakat itu turut diisi dengan pelbagai program bermanfaat.

“Masjid bukan hanya tempat solat, tetapi juga pusat penyatuan masyarakat, memperkukuhkan silaturahim dan melahirkan komuniti yang sentiasa dekat dengan nilai-nilai Islam,” jelasnya.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian