Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

KUALA LUMPUR – Kejayaan mencatat rekod 8.42 juta ketibaan pelancong sepanjang 2025 membuktikan Selangor kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama negara.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, pencapaian itu membuatkan kerajaan negeri kini menyasarkan sembilan juta pelancong pada tahun ini menerusi kesinambungan Kempen Visit Selangor Year bagi menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Visit Selangor Year akan diteruskan sehingga 2026 bagi menyokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kita yakin Selangor mampu menyumbang kepada sasaran nasional dengan menarik sembilan juta pelancong,” katanya ketika berucap merasmikan Selangor Travel Fair 2026 di Pasar Seni di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, Selangor Travel Fair yang memasuki penganjuran tahun ketiga menjadi platform penting untuk memperkukuh promosi pelancongan negeri dengan menghimpunkan pemain industri daripada pelbagai sektor.

“Program seperti ini bukan sahaja merancakkan sektor pelancongan negeri, malah membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada pengusaha tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan serta mengukuhkan rantaian ekonomi negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata, Tourism Selangor yang menyambut ulang tahun penubuhannya ke-25 tahun ini terus memainkan peranan penting sebagai peneraju promosi pelancongan negeri.

“Selama 25 tahun, Tourism Selangor menjadi antara penggerak utama pembangunan sektor pelancongan negeri dan terus memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan serta antarabangsa,” katanya.

Hal itu sejajar dengan matlamat kerajaan Persekutuan yang menyasarkan 47 juta ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Related Posts

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

IPOH – Seramai 239 ahli Pengakap menerima penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak dalam satu istiadat penuh gilang-gemilang yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

TAWAU – Jabatan Air Bahagian Tawau terpaksa menghentikan sementara Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Apas Balung 1 dan 2 berikutan kejadian banjir yang melanda daerah ini. Jabatan Air Bahagian Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat