Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

PERMATANG PAUH – Anak muda dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan fahaman kebencian dan perpecahan kerana ia hanya akan melemahkan negara, sebaliknya mereka diminta bangkit sebagai satu pasukan untuk bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju dan berjaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, generasi muda perlu mencapai prestasi lebih baik daripada generasi terdahulu menerusi pencapaian dalam pendidikan, pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi.

“Malaysia tidak mungkin menjadi negara hebat dan maju jika kita masih terperangkap dengan pemikiran lama yang menanam kebencian antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini pada Sabtu.

Katanya, hasrat itu menjadi antara fokus utama kerajaan menerusi pelaksanaan program peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja serta pendapatan rakyat.

“Anak muda hari ini harus mencapai prestasi yang lebih baik daripada generasi kami dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan pendapatan.

“Sebab itu kerajaan memperkenalkan pelbagai peluang latihan supaya pendapatan rakyat dapat ditingkatkan,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan komited memastikan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang menerima peluang yang adil dalam pendidikan, latihan dan pekerjaan.

Menurutnya, golongan Melayu, Bumiputera, Cina, India termasuk masyarakat di Sabah dan Sarawak perlu diberi ruang untuk meningkatkan taraf hidup menerusi dasar yang inklusif.

“Kalau majoriti peserta latihan terdiri daripada anak-anak Melayu, apakah ruginya jika kita turut memberikan tempat kepada anak-anak Cina dan India yang layak serta memerlukan? “

“Fokus Kerajaan Madani ialah bersatu mengangkat martabat rakyat, bukannya menghasut kebencian antara kaum,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menambah, kemiskinan atau kemunduran sesuatu kaum bukan berpunca daripada faktor kaum semata-mata sebaliknya berkait rapat dengan peluang yang tersedia.

Justeru katanya, pendekatan kerajaan adalah memastikan semua kaum saling melengkapi dalam membangunkan negara.

“Ini pendekatan kita. Kita saling melengkapi antara satu sama lain. Kita tidak menyebarkan kebencian, sebaliknya menyemai kasih sayang.

“Kita melihat setiap kelemahan dan berusaha memperbaikinya supaya tiada mana-mana kelompok yang tercicir daripada arus pembangunan negara,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, kejayaan Pulau Pinang sebagai hab industri semikonduktor bertaraf dunia perlu dimanfaatkan oleh semua pihak termasuk syarikat Bumiputera agar tiada kelompok yang ketinggalan.

Katanya, kerajaan akan terus memperkukuh penyertaan syarikat Bumiputera dalam sektor semikonduktor di samping mengadakan libat urus dengan pelbagai kumpulan termasuk badan bukan kerajaan India, masyarakat India Muslim, usahawan Bumiputera dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS) Cina bagi memastikan setiap komuniti mendapat perhatian. “

“Saya mempunyai cita-cita besar untuk melihat Malaysia diangkat sebagai sebuah negara yang hebat di rantau ini dan Asia.

“Anak-anak muda, you can do it. Bekerjalah bersama, bekerja lebih keras, perbaiki diri dan jadikan Malaysia sebuah negara yang hebat serta berjaya.

“Jangan terpalit dengan fahaman yang melemahkan dan merosakkan,” katanya.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan