Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

BETONG – Pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) disifatkan sebagai salah satu inisiatif yang sangat baik dan bermanfaat kepada rakyat khususnya dalam usaha meringankan beban kos sara hidup terutama di kawasan yang berdepan harga barangan lebih tinggi serta luar bandar.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, beliau memuji dan menghargai usaha yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan itu dalam membantu rakyat membeli barang keperluan harian kerana PJRM menawarkan barangan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Program Jualan Rahmah sangat-sangat membantu terutama diadakan di kawasan luar bandar. Itulah peluang untuk rakyat membeli baramg keperluan harian yang terpilih dengan harga yang lebih rendah.

“PJRM kini dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali seminggu di setiap kawasan DUN adalah sangat tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas perasmian Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Debak dekat sini, hari ini.

Ini kerana, menurutnya, kawasan Debak dan kawasan luar bandar lain tetapi tapi harga barang di kedai-kedai runcit kecil lebih mahal.

“Berbeza dengan di bandar kerana mereka memiliki pasar raya besar (mall) menyebabkan komuniti di kawasan itu senang mendapatkan barang keperluan,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu menambah, penduduk di kawasan luar bandar perlu memanfaatkan peluang dalam membeli barangan ketika pelaksanaan jualan rahmah di kawasan masing-masing kerana membantu menjimatkan perbelanjaan isi rumah serta meringankan beban masing-masing.

Related Posts

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua kenderaan bertembung, dua maut

KUANTAN – Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang–Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan dekat sini, tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya