MyAngkasa Bina lancar MyVilla untuk generasi baharu Felda

SERDANG – MyAngkasa Bina Sdn Bhd (Bina) melancarkan model rumah MyVilla bagi lot generasi baharu Felda.

Pengurus Besar Pemasaran Bina, Muhammad Rizal Hamzah berkata, mereka yang memiliki tapak rumah melalui Skim Lot Generasi Felda diberi peluang memilih pelbagai reka bentuk rumah MyVilla yang disediakan mengikut kadar harga berpatutan.

Menurutnya, seunit rumah ditawarkan dengan harga antara RM50,000 hingga RM300,000 dengan keluasan bermula dari 500 kaki persegi hingga 2,500 kaki persegi yang menggunakan sistem pembinaan IBS.

“Bagi melengkapi pemilikan rumah MyVilla, Bina juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kerja-kerja infrastuktur, perkakasan rumah dan kaedah pemilikan rumah yang menarik melalui jalinan penyedia pembiayaan.

“Konsep diperkenalkan ini akan dapat memenuhi hasrat pembeli memiliki rumah yang diidamkan,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pelancaran model rumah MyVilla telah diadakan di MAEPS Serdang bersempena Hari Peneroka Felda 2024 yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Bina, Datuk Mohd Shukree Che Isa dengan menandatangani plakad Momento Kolaborasi bersama wakil Felda sambil disaksikan oleh Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

Muhammad Rizal berkata, pada majlis itu, Bina turut mempamerkan replika sebenar rumah MyVilla yang ditawarkan berkeluasan 500 kaki persegi beserta susun atur perabot dan perkakasan rumah MyGreenStyle dari Bina.

“Melalui MyGreenStyle turut mempromosikan produk runcit perkakasan perabot dan barangan elektrik termasuk peralatan keselamatan berteraskan konsep ’Green’ dengan harga yang sangat menarik lebih murah dari pasaran.

“Pakej itu menawarkan tiga kaedah pembelian mudah iaitu melalui pembelian secara tunai atau kad kredit atau QR code selain beli secara sewa beli dan belian secara potongan gaji bulanan ansuran selama maksimum tiga bulan,” katanya.

Bina merupakan syarikat di bawah naungan dan milik penuh Angkasa yang telah ditubuhkan sejak 2013.

Syarikat ini juga merupakan sebuah firma sebuah firma tribrid nasional di dalam sektor hartanah, pembinaan dan peruncitan yang berorientasikan kualiti, hijau dan patuh syariah.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills