Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

SERI MENANTI – Ahli politik diingatkan supaya tidak menjadikan isu membabitkan institusi diraja sebagai modal kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ini kerana tindakan itu boleh menimbulkan salah faham serta menjejaskan penghormatan terhadap institusi berkenaan.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, sebarang perkara berkaitan institusi diraja perlu diserahkan kepada saluran yang sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan tidak sepatutnya dipolitikkan bagi meraih sokongan pengundi.

Beliau berkata, tindakan membawa isu itu ke pentas kempen hanya berisiko memberi kesan buruk kepada pihak yang membangkitkannya.

“Ini perkara yang berkait dengan institusi raja. Kalau boleh, parti-parti politik kena hati-hati supaya tidak berlaku salah faham kerana institusi raja mesti diletakkan pada tempat yang sewajarnya.

“Saya nampak seolah-olah perkara itu dimainkan dalam kempen parti-parti politik. Saya bimbang ia akan ‘backfire’ kepada pihak yang menimbulkan isu tersebut,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Sabtu.

Mazlan berkata, ahli politik tidak mempunyai peranan untuk menyelesaikan isu berkaitan institusi diraja kerana perkara itu berada di bawah bidang kuasa institusi berkenaan serta pihak yang diperuntukkan kuasa mengikut undang-undang negeri.

Beliau berkata, hanya Menteri Besar mempunyai peranan tertentu berkaitan institusi diraja sebagaimana diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Institusi raja perlu diserahkan kepada institusi raja untuk diselesaikan. Ahli politik tidak boleh menyelesaikan perkara berkaitan institusi raja.

“Menteri Besar mempunyai bidang kuasa yang dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Selain daripada itu, ahli politik lain tidak mempunyai kuasa untuk membangkitkan perkara berkaitan institusi diraja,” katanya.

Beliau berkata, hanya pihak yang mempunyai hubungan secara langsung dengan institusi diraja serta peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri wajar mengulas isu berkenaan.

Katanya, menjadikan institusi diraja sebagai bahan kempen politik bukan sahaja tidak membantu menyelesaikan isu, malah berpotensi mencetuskan implikasi yang tidak baik terhadap institusi berkenaan serta pihak yang cuba mengeksploitasinya bagi kepentingan politik.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

SENDAYAN – Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 yang menggariskan 88 usaha berasaskan sembilan fokus utama sebagai tawaran kepada rakyat sekiranya diberi mandat membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama