Geng Lakino Garuda lumpuh, 9 ditahan curi kabel nilai hampir RM1 juta

KUANTAN – Polis Pahang berjaya menumpaskan Geng Lakino Garuda yang disyaki aktif mencuri kabel solar dan komponen telekomunikasi susulan penahanan sembilan lelaki yang dipercayai anggota geng berkenaan.

Tangkapan itu dilakukan menerusi beberapa siri serbuan bermula 27 Jun hingga 17 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, semua suspek terdiri daripada empat warga tempatan dan lima warga asing berusia antara 26 hingga 52 tahun.

Katanya, mereka ditahan dalam serbuan di sekitar daerah ini, Shah Alam dan Sepang, Selangor.

Menurutnya, siasatan awal mendapati enam daripada suspek terbabit secara langsung dalam kegiatan mencuri kabel solar dan komponen telekomunikasi, manakala tiga lagi bertindak sebagai pembeli.

“Dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Azry Akmar berkata, hasil serbuan itu polis berjaya merampas pelbagai barang kes dianggarkan bernilai RM500,000 termasuk sebuah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda, cip elektronik pelbagai saiz, gulungan kabel, parang dan sembilan telefon bimbit pelbagai jenama.

“Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, serbuan dilakukan susulan 21 kes kecurian kabel solar dan komponen telekomunikasi yang dilaporkan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu antara Februari hingga Jun lalu.

“Keseluruhan kerugian membabitkan 98,000 meter kabel solar dan komponen telekomunikasi dianggarkan bernilai RM912,000.

“Polis masih mengesan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut dan kini masih bebas,” katanya.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman