Tiada sekatan liputan media dalam PRN Negeri Sembilan – Fahmi

KUALA PILAH – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan tiada sebarang sekatan atau arahan dikeluarkan bagi mengehadkan liputan media terhadap mana-mana calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, hasil semakan dan pemantauan yang dilakukan setakat ini mendapati pelaporan media berlangsung secara adil dan seimbang kepada semua pihak sepanjang tempoh kempen.

“Setakat hari ini, semakan menunjukkan liputan yang agak seimbang. Mungkin pada hari tertentu lebih banyak laporan mengenai satu pihak, manakala keesokannya lebih tertumpu kepada pihak lain.

“Tiada sebarang arahan, teguran atau permintaan untuk mengehadkan calon daripada bertemu media atau menghalang media daripada membuat liputan,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Beliau mengulas dakwaan berhubung isu kebebasan serta kesaksamaan liputan media terhadap calon-calon yang bertanding sepanjang kempen PRN.

Pada masa sama, Fahmi mengakui menerima maklum balas daripada pengamal media mengenai kesukaran mendapatkan akses kepada segelintir calon ketika membuat liputan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan keadaan itu bukan berpunca daripada sebarang sekatan rasmi, sebaliknya lebih berkait dengan tahap kefahaman sesetengah calon terhadap peranan media.

“Ada kalanya calon yang didekati kurang fasih atau kurang memahami peranan media. Itu adalah isu yang berbeza dan bukannya menunjukkan wujud sekatan terhadap liputan media,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan