PM ajak rakyat beri sokongan kepada Alif Rakib harumkan nama Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, yang beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship Jumaat ini.

Anwar berkata, pemuda itu telah melakar sejarah sebagai atlet tempur pertama Malaysia yang berjaya melayakkan diri untuk merebut kejuaraan dunia berprestij itu.

Beliau menyifatkan pencapaian tersebut sebagai satu kebanggaan buat negara dan berharap Alif Rakib mampu meneruskan momentum cemerlang dengan membawa pulang kejuaraan dunia.

“Ayuh kita beri sokongan padu kepada saudara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini.

“Semoga terus mengharumkan nama Malaysia dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengukir kejayaan di persada dunia,” katanya menerusi hantaran di media sosial malam tadi.

Perdana Menteri turut menyatakan keyakinan bahawa kejayaan Alif Rakib di pentas antarabangsa mampu menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak muda untuk menceburi sukan tempur dan mengejar kecemerlangan di peringkat dunia.

Beliau berkata, pencapaian atlet negara di arena antarabangsa membuktikan rakyat Malaysia mempunyai kemampuan untuk bersaing dengan jaguh dunia sekiranya diberikan peluang, sokongan dan semangat yang berterusan.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula