Polis buru dua lelaki samun, cederakan warga emas tinggal bersendirian

GERIK – Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian samun membabitkan seorang wanita warga emas berusia lingkungan 80-an di Kampung Baru Selat Pagar, Lenggong, awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu, mangsa yang tinggal bersendirian dipercayai diserang selepas dua suspek menceroboh masuk ke rumahnya dengan mengumpil pintu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek bertindak menolak dan menendang mangsa sebelum mengugutnya menggunakan sebatang besi.

“Suspek kemudiannya melarikan diri bersama beberapa barangan milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, hasil siasatan awal turut mendapati kedua-dua suspek dipercayai melarikan diri menggunakan sebuah kereta berwarna gelap dengan nombor pendaftaran VMG 8433, namun nombor berkenaan dipercayai palsu.

Katanya, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek serta mengenal pasti motif kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Foto: Tangkap layar CCTV

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula