Harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 35 sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel meningkat antara 20 sen dan 35 sen mulai esok, susulan kesan geopolitik yang memuncak di Asia Barat pada minggu lalu.

Kementerian Kewangan memaklumkan, harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi meningkat 20 sen seliter manakala harga diesel yang sama naik 35 sen seliter bagi tempoh hingga 29 Julai depan.

Bagaimanapun, katanya, harga bahan api melalui BUDI MADANI RON95 dan Diesel tidak berubah.

“Sekatan terhadap perkapalan serta pengurangan aliran kapal Selat Homuz telah meningkat kebimbangan gangguan bekalan petroleum global.

“Kenaikan harga minyak mentah turut didorong oleh paras inventori global yang semakin ketat serta ancaman terhadap gangguan penghantaran minyak dari Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, ekoran konflik Asia Barat sepanjang minggu lalu, harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 16 peratus.

“Konflik Asia Barat kembali memuncak selepas gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran berakhir,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, disamping memastikan bekalan bahan api negara kekal mengcukupi dan terjamin.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit