ECRL bantu perkukuh ekosistem ekonomi Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka memberi manfaat besar kepada usahawan dalam meluaskan pasaran selain memperkukuh pertumbuhan ekonomi khususnya di Pantai Timur.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, pembangunan ECRL bukan sekadar menyediakan rangkaian pengangkutan moden, malah membentuk satu ekosistem ekonomi merangkumi rantaian pembekalan barangan dan perkhidmatan seperti pembinaan, operasi serta penyelenggaraan.

Beliau berkata, pembangunan itu turut mewujudkan peluang perniagaan baharu melalui sektor logistik, gudang dan kawasan perindustrian yang akan berkembang di sepanjang jajaran ECRL.

“Apabila wujud pembangunan ECRL berasaskan transit berasaskan pembangunan dan kargo serta taman perindustrian, ia akan membuka lebih banyak peluang komersial di negeri dilalui ECRL seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan Selangor,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, penggiat industri turut berpeluang memperluaskan pasaran ke negeri lain dengan kos logistik lebih rendah dan tempoh penghantaran yang singkat.

Selain itu, beliau melihat kemudahan pengangkutan rel akan membolehkan usahawan menghantar produk tempatan dengan lebih cekap, sekali gus meningkatkan kapasiti operasi dan produktiviti syarikat.

“Dengan pasaran lebih luas, ia mencipta lebih banyak peluang. Terdapat perbezaan antara mengeluarkan 10,000 unit dan mengeluarkan 20,000 unit. Semakin banyak produk kita hasilkan, semakin berdaya saing harga kita,” katanya.

Beliau berkata, ECRL juga dijangka memberi kesan positif kepada sektor pelancongan sekali gus merangsang aktiviti ekonomi setempat.

Menurutnya, peningkatan jumlah pelancong akan memberi manfaat kepada peniaga kecil, pengusaha makanan dan kraftangan serta pengeluar produk tempatan seperti batik.

Sementara itu, Mohd Shahar turut mengingatkan pemain industri supaya memanfaatkan peluang yang bakal diwujudkan menerusi projek infrastruktur negara itu dengan menyesuaikan model perniagaan kepada penggunaan teknologi baharu dan tidak hanya bergantung kepada model perniagaan tradisional sahaja.

Projek ECRL di Pahang dilaporkan mencapai 97.33 peratus tahap kemajuan manakala keseluruhan projek mega yang dijadual siap Disember ini pula mencatatkan 93.66 peratus setakat April lalu.

Related Posts

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

KUALA LUMPUR – Industri kayu terus menjadi penyumbang utama eksport negara dengan nilai RM9.4 bilion direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2026. Purata nilai eksport tahunan industri ini pula melebihi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 dijangka menjadi belanjawan terbesar negara dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah RM440.9 bilion berbanding RM421.2 bilion dalam Belanjawan 2026. Menurut MBSB Investment Bank Bhd, peningkatan perbelanjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu