Dana Plus percepat kelulusan pinjaman mikro, bawah RM10,000 siap dalam 48 jam

KLANG – Sistem digital pengurusan pinjaman Dana Plus diperkenalkan bagi mempercepat proses pembiayaan mikro kepada usahawan di Selangor, dengan permohonan di bawah RM10,000 boleh diluluskan dalam tempoh 48 jam.

Ketua Pegawai Perniagaan Yayasan Hijrah Selangor, Nilammasri Jaafar berkata aplikasi yang digunakan sejak 1 Januari 2025 itu menjadi platform utama dalam menguruskan pembiayaan mikro secara lebih pantas, telus dan cekap.

“Dana Plus ialah platform yang mempercepatkan keseluruhan proses pembiayaan. Ia diwujudkan untuk memberi manfaat kepada usahawan mikro yang layak kerana golongan ini sering menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada bank,” katanya dipetik berita tempatan.

Nilammasri berkata Dana Plus turut dirancang menjadi platform utama bagi semua skim pembiayaan mikro Yayasan Hijrah Selangor pada masa hadapan, termasuk Dana Pantas dan Dana Niaga Tani yang dijadual dilancarkan pada Ogos depan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sistem berkenaan telah melalui fasa percubaan sejak penghujung 2024 sebelum mula beroperasi sepenuhnya pada tahun lalu.

Beliau berkata penggunaan platform digital itu mampu mengurangkan campur tangan manusia dalam proses pembiayaan, selain memastikan rekod data dan maklumat lebih tepat, telus serta mengurangkan risiko ketirisan dan kecuaian.

“Melalui kaedah ini, proses pembiayaan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Data yang direkodkan juga lebih tepat dan dapat mengelakkan isu ketirisan serta kecuaian,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kira-kira RM250 juta bagi skim pembiayaan mikro, manakala nilai keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan mencecah RM900 juta.

“Jumlah ini hampir empat kali ganda daripada dana yang disediakan oleh Kerajaan Negeri, membuktikan sistem pembiayaan mikro ini kekal mampan walaupun masih berdepan cabaran seperti peminjam tegar,” katanya.

Related Posts

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

TAWAU – Polis menahan dua pemandu lori susulan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial Facebook dipercayai memandu secara berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna–Tawau. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

KOTA KINABALU – Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii