Had pendapatan kelayakan bantuan kebajikan dinaikkan selaras PGK 2026

KOTA KINABALU – Had pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) dan pendapatan per kapita bagi kelayakan bantuan kebajikan dinaikkan tahun ini selaras dengan semakan Panduan Garis Kemiskinan (PGK) 2026.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal berkata, had pendapatan KIR dinaikkan daripada RM1,198 pada 2025 kepada RM1,236 pada 2026, manakala had pendapatan per kapita meningkat daripada RM322 kepada RM348.

“Penyelarasan itu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berdasarkan PGK semasa yang digunakan dalam penilaian permohonan bantuan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Grace Lee Li Mei (ADUN Dilantik) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17, di sini pada Isnin.

Tambahnya, setakat Jun tahun ini seramai 18,752 penerima di Bahagian Kota Kinabalu menerima bantuan kebajikan bulanan di bawah JPKA membabitkan peruntukan keseluruhan RM48.62 juta menerusi lapan skim bantuan.

“Bantuan Warga Emas (BWE) merekodkan jumlah penerima tertinggi iaitu 7,196 orang, diikuti Skim Bantuan Am (SBAM) dengan 6,489 penerima serta Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar, Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) melibatkan 1,538 penerima.

“Bantuan Kanak-Kanak (BKK) pula melibatkan 1,402 penerima, diikuti Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak 910 penerima, Skim Bantuan Anak Yatim (SBAY) 640 penerima, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 569 penerima dan Bantuan Anak Pelihara (BAP) lapan penerima,” kongsinya

Mengulas lanjut mengenai kadar bantuan kebajikan negeri, Rina menjelaskan kerajaan masih mengekalkan kadar bantuan antara RM200 hingga RM350 sebulan.

Dalam pada itu, beliau berkata sebarang kenaikan kadar bantuan bergantung kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri, manakala kadar bantuan kebajikan Persekutuan tertakluk kepada peruntukan yang diumumkan melalui pembentangan Belanjawan Persekutuan.

Related Posts

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis