Projek bina jalan Kanowit-Kapit disegerakan

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi keutamaan bagi pembinaan beberapa projek jalan di Bahagian Kapit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, antaranya ialah projek pembinaan jalan menghubungkan Nanga Semaram di Kanowit ke Kapit, sejauh 72 kilometer.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata fasa pertama pembinaan jalan itu dijangka bermula tahun hadapan dan beliau sudah meminta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk menyegerakannya.

“Saya minta Alexander (Nanta Linggi) untuk mulakan persiapan (pembinaan) tahun ini, agar kita boleh mula segera.

“Tahun depan kita (sediakan) peruntukan untuk mula fasa satu dan saya percaya selewat-lewatnya akhir tahun depan atau tahun 2026 (pembinaan bakal bermula),” katanya berucap pada majlis ramah mesra pemimpin komuniti masyarakat Kapit, Sarawak, hari ini.

Selain Nanta, program diadakan di Dewan Suarah Kapit itu turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas peranan Sarawak dalam Malaysia, Anwar berkata kejayaan dikecapi Bumi Kenyalang kini juga adalah kejayaan buat negara.

“Sarawak pada 30… 40 tahun yang lepas adalah antara negeri paling miskin (di Malaysia), tetapi sekarang Sarawak dianggap sebagai negeri berpotensi dan mempunyai kekuatan… terutama dalam bidang tenaga.

“Kejayaan Sarawak ini adalah kejayaan kita semua, kerana apa yang Sarawak capai boleh dinikmati oleh semua,” katanya.

Related Posts

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

KUALA LUMPUR – Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta menggantikannya dengan akta baharu disifatkan sebagai langkah positif yang mampu membuka ruang demokrasi lebih luas kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional