Dihanyut arus banjir, jasad ibu dijumpai 50 meter dari lokasi mayat anak

PADANG TERAP – Mayat wanita berusia 46 tahun yang juga merupakan mangsa kedua tragedi dua beranak yang dibawa arus banjir di Kampung Tanjung Kanan, Kuala Nerang di sini ditemukan pada pagi Ahad.

Mayat Salmah Mat Zain, 46, dijumpai pasukan penyelamat kira-kira 50 meter dari lokasi mayat anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, yang ditemui pada jam 5.25 petang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, mayat Salmah dijumpai kira-kira 15 minit selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada jam 7.30 pagi Ahad.

“Operasi SAR disambung dengan kekuatan anggota yang sama dan kita berjaya menemui mayat mangsa tidak jauh dari lokasi mayat anaknya ditemukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Ahad.

Menurutnya, mayat mangsa didapati tersangkut di bawah timbunan sisa pelepah kelapa sawit serta tunggul kayu di kawasan ladang kelapa sawit yang masih ditenggelami banjir.

“Lokasi mayat mangsa ditemukan adalah kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dipercayai dihanyutkan arus. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya.

Mulkiaman pada masa sama menasihatkan kepada orang ramai agar tidak sesekali meredah banjir bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Semua mangsa banjir juga diminta untuk segera berpindah jika diarah berbuat demikian demi keselamatan diri dan keluarga,” jelasnya.

Dalam kejadian pada pagi Sabtu, dua beranak berkenaan dipercayai baru pulang dari membeli nasi lemak dan cuba meredah air banjir untuk pulang ke rumah mereka.Penduduk kampung yang melihat situasi itu cuba menjerit mengarahkan mereka berpatah balik sebelum kedua-duanya dilihat hanyut dibawa arus.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan