KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi digital dalam pelaksanaan projek pembangunan kerajaan.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad, KKR berkata, majlis menandatangani memorandum itu berlangsung sempena Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 di Kota Kinabalu.

“Penubuhan makmal berkenaan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan memperluaskan penggunaan Building Information Modelling (BIM) selaras dengan dasar dan pekeliling kerajaan yang sedang berkuat kuasa.

“Makmal MyBIM Malaysia akan dilengkapi dengan perkakasan serta perisian BIM bagi menyokong koordinasi reka bentuk dan pembinaan secara bersepadu untuk kegunaan pegawai teknikal JKR, kontraktor serta perunding yang terlibat dalam projek pembangunan infrastruktur kerajaan.

“Perisian BIM yang bercirikan teknologi pemodelan 3D ini membolehkan projek disimulasikan secara maya bagi mengurangkan ralat reka bentuk, menjimatkan perbelanjaan, dan mempercepatkan penyerahan projek sebelum pembinaan fizikal bermula,” kongsi kenyataan tersebut.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion