Dr Maza sambut baik keputusan kerajaan, harap hukum diyat dapat direalisasikan

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza, menyambut baik keputusan kerajaan yang disifatkan membuka ruang kepada pelaksanaan Hukum Diyat di Malaysia.

Beliau berkata, ia khususnya dalam usaha memperkukuh keadilan serta menjaga kebajikan mangsa dan pengguna jalan raya.

“Semoga keputusan ini membuka jalan yang luas kepada pelaksanaan Hukum Diyat yang selama ini diperjuangkan.

“Inilah salah satu hukum Allah yang patut dilaksanakan demi keselamatan dan kebajikan pengguna dan mangsa di jalanraya,” katanya menerusi laman Facebook pada Ahad.

Mohd Asri turut mengucapkan taniah pada Perdana Menteru, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Agama Senator Dr Zulkifli Hasan yang turut mengambil langkah memperjuangkan hal ini.

“Terima kasih juga kepada Kementerian Pengangkutan Awam, Anthony Loke Siew Fook,” katanya.

Hukum Diyat ialah satu bentuk pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris mangsa yang diiktiraf dalam perundangan Islam, khususnya melibatkan kesalahan yang mengakibatkan kematian atau kecederaan.

Pelaksanaannya sering dibincangkan sebagai mekanisme pelengkap kepada sistem keadilan sedia ada bagi memastikan hak mangsa dan keluarga mereka terus terbela.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan sedang meneliti mekanisme yang sesuai bagi memperkukuh perlindungan terhadap mangsa kemalangan jalan raya.

Ia termasuk aspek pampasan kepada waris mangsa, dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak serta kesesuaian dalam kerangka undang-undang negara.

Kenyataan Dr Maza itu dilihat sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan untuk memperhalusi cadangan berkenaan, di samping mengharapkan ia dapat direalisasikan selaras dengan prinsip keadilan dan kebajikan masyarakat.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan