MCA tidak tanding tiga kerusi, Anthony Loke ucap terima kasih bagi pihak DAP

SEREMBAN – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan keputusan MCA untuk tidak bertanding di tiga kerusi tradisi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai sebahagian daripada percaturan politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, tindakan berkenaan bukan semata-mata bagi membantu DAP seperti yang dinyatakan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, sebaliknya mempunyai strategi tertentu bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan.

Katanya, strategi itu dipercayai bertujuan membolehkan sokongan pengundi PN beralih kepada calon yang bertanding daripada BN.

“Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong bercakap kepada media berbahasa Cina bahawa mereka tidak bertanding di tiga kerusi tradisi kerana nak ‘membantu DAP’.

“Jadi hari ini saya secara terbuka menyatakan terima kasih kepada beliau. Tapi kita tahu strategi mereka kerana nak pengundi Melayu mengalihkan sokongan kepada calon BN,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi bertemu peniaga di Pasar Besar Seremban pada Ahad.

Menurut Anthony, percaturan berkenaan hampir membuahkan hasil apabila beberapa kerusi yang menjadi pertarungan antara BN dan PN menyaksikan ketiadaan calon daripada PN.

“Namun, di kebanyakan kerusi yang BN berdepan percaturan dengan PN, masih berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, hanya DUN Chennah menyaksikan strategi berkenaan berjaya apabila tiada pertandingan tiga penjuru berlaku.

Katanya, situasi itu menjadikan persaingan di kerusi berkenaan satu cabaran besar buat beliau sebagai penyandang pada PRN Negeri Sembilan kali ini.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit