Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

TAWAU – Pelbagai inisiatif kesedaran terus diperkasa bagi melindungi dan menangani peningkatan kes termasuk jenayah dan seksual melibatkan golongan remaja bawah umur di negeri ini.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, antara inisiatif utama ialah pendidikan kesedaran iaitu Program ‘Antara Cita-cita dan Cinta’ yang memberi pendedahan secara langsung kepada remaja.

“Pelbagai program kesedaran dilaksanakan Kementerian dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) menerusi beberapa siri advokasi di seluruh 73 kawasan DUN di Sabah.

“Program itu memfokuskan remaja bawah umur yang memberi pendedahan mengenai sentuhan selamat, sentuhan tidak selamat serta kesan pengaruh negatif terhadap remaja,” katanya kepada media selepas merasmikan program Seminar Keluarga ‘Keluarga Harmoni Masyarakat Sejahtera’ di Dewan Terbuka Kg Kijang, pada Sabtu.

Menurut Rina, kementeriannya turut bekerjasama dengan institusi pendidikan sebagai usaha mencegah mereka dari anasir negatif.

“Inisiatif ini diteruskan dari semasa ke semasa mengikut fasa sepanjang tahun bagi memastikan remaja tidak mudah terjebak dan terpengaruh,” ujarnya.

Mengulas program itu, ADUN Kukusan itu berkata, dalam konteks pencegahan penyalahgunaan dadah, wanita ataupun ibu juga memainkan peranan yang sangat besar selain individu yang paling hampir dengan anak-anak.

“Keprihatinan seorang ibu terhadap perubahan tingkah laku, emosi dan pergaulan anak-anak mampu menjadi benteng awal bagi mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah.

“Oleh itu, kita tidak boleh melihat usaha pencegahan dadah sebagai tanggungjawab Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semata-mataPencegahan dadah ialah tanggungjawab bersama.

“Ia bermula daripada keluarga, diperkukuhkan oleh komuniti dan disokong oleh agensi kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan.

“Saya percaya bahawa ibu bapa yang sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak, mendengar isi hati mereka, mengenali rakan-rakan mereka dan menjadi tempat mereka mendapatkan nasihat akan dapat mengurangkan risiko anak-anak terjebak dengan gejala sosial,” jelasnya.

Related Posts

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menasihati rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles