Projek jalan alternatif RM7.9 juta perkukuh rangkaian infrastruktur luar bandar di Serian

SERIAN – Projek pembinaan Jalan Alternatif bagi tiga buah kampung di daerah ini yang bernilai RM7.9 juta cara rasmi dimulakan menerusi Majlis Pecah Tanah dan Penyerahan Tapak Projek yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn pada Jumaat.

Projek tersebut melibatkan pembinaan dan naik taraf jalan baharu sepanjang kira-kira 3.94 kilometer mengikut piawaian Jalan Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) R1 dengan turapan premix.

Laluan berkenaan akan menghubungkan simpang Jalan Kampung Sungai Riset sehingga ke Kampung Chupak, sekali gus menyediakan jaringan jalan raya yang lebih selesa, selamat dan efisien kepada penduduk setempat.

Pelaksanaan projek itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Sungai Riset, Kampung Skuduk, Kampung Plaman Payang, Kampung Chupak serta beberapa kampung berhampiran.

Selain memudahkan urusan harian penduduk, pembinaan jalan alternatif tersebut juga dijangka merancakkan aktiviti ekonomi, meningkatkan akses kepada kemudahan asas dan memperkukuh hubungan antara komuniti luar bandar di kawasan berkenaan.

Pada majlis sama, Roland Sagah yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat turut menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan projek tersebut, menandakan bermulanya kerja-kerja pembinaan.

Projek ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur luar bandar bagi meningkatkan kesalinghubungan, memperkukuh pembangunan sosioekonomi serta meningkatkan kualiti hidup rakyat, selaras dengan agenda pembangunan mampan negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Maclaine Martin Ben; ADUN Bukit Semuja, John Ilus; ADUN Tebedu, Simon Sinang @ Sinang Bada; Residen Bahagian Serian, Marcos Sibong; Pegawai Tadbir Khas GKCDA, Datuk Ik Pahon Joyik; wakil Jabatan Kerja Raya, Ts. Ir. Adriana Peter Che; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damen Rejek dan Niponi Undek.

Hadir sama ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, ahli-ahli Majlis Daerah Siburan, ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kaum serta penduduk dari Kampung Skuduk, Sungai Riset, Plaman Payang dan kampung-kampung berhampiran.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula