PTRS manfaatkan 180,000 pelajar, GPN SPM Selangor terus meningkat

SHAH ALAM – Seramai 180,000 pelajar di Selangor meraih manfaat menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), sekali gus membantu meningkatkan pencapaian akademik serta menyumbang kepada peningkatan prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program berkenaan memberi manfaat kepada 160,000 pelajar sekolah menengah dan 20,000 murid sekolah rendah, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah serta kawasan luar bandar bagi memastikan mereka mendapat akses pendidikan berkualiti.

Menurut beliau, keberkesanan PTRS dapat dilihat menerusi peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) SPM Selangor yang menunjukkan prestasi lebih baik selama tiga tahun berturut-turut.

“GPN SPM Selangor terus meningkat daripada 4.67 pada 2023 kepada 4.59 pada 2024 dan 4.52 pada 2025.

“Pencapaian ini membuktikan kejayaan ribuan pelajar yang mengikuti kelas PTRS selepas waktu persekolahan dengan kemudahan makanan percuma serta bimbingan guru-guru berkelayakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Amirudin berkata, kerajaan negeri turut memperkukuh pelaksanaan PTRS tahun ini dengan memperkenalkan modul baharu bagi mata pelajaran Fizik dan Kimia sebagai usaha meningkatkan pencapaian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata, platform ePTRS juga dinaik taraf bagi membolehkan sesi pembelajaran dua hala secara langsung antara guru dan pelajar, sekali gus memudahkan akses kepada tuisyen tanpa mengira lokasi atau kemampuan kewangan.

“Tiada lagi alasan bahawa tuisyen itu mahal atau jauh. Di Selangor, pendidikan berkualiti adalah hak setiap anak-anak kita,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Amirudin memaklumkan kira-kira 17,000 murid turut menerima manfaat menerusi Program Didik Kasih (PDK) yang memberi tumpuan kepada pemulihan asas literasi dan numerasi.

Katanya, murid terbabit dibimbing menggunakan modul khas yang dibangunkan oleh warga pendidik Selangor, selain menunjukkan perkembangan positif apabila kadar murid yang memerlukan kelas pemulihan semakin berkurangan.

“Ini menunjukkan asas pembelajaran mereka semakin kukuh sebelum melangkah ke peringkat sekolah menengah,” katanya.

Related Posts

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

KUCHING – Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS) merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar menyemak semula kelayakan kenderaan institusi kebajikan di bawah program subsidi bahan api…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026