Warga emas maut kereta rempuh mesin padi

ARAU – Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah mesin padi di Kampung Behor Mempelam di Jalan Tambun Tulang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang, mangsa berusia 69 tahun dan bekerja sebagai tukang besi itu dalam perjalanan dari arah Simpang Empat menuju ke arah Tambun Tulang.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pemandu mesin padi jenis New Holland berusia 18 tahun itu pula dipercayai dari arah petak sawah mahu bergerak naik ke atas treler di bahu kiri jalan dengan dibantu rakan-rakannya yang menjaga jalan.

“Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kancil datang dari arah Simpang Empat dipercayai tidak perasan amaran berhenti oleh rakan pemandu mesin padi, telah bergerak lurus dan terus melanggar bahagian hadapan jentera penuai tersebut.

“Akibat daripada kemalangan, warga emas itu meninggal dunia di tempat kejadian dengan kereta dipandunya rosak pada bahagian hadapan dan bumbung serta cermin hadapan pecah,” ujarnya.

Tambah Ahmad Mohsin, hasil siasatan lanjut mendapati punca kemalangan berlaku tidak dapat dikenal pasti memandangkan kedua-dua kenderaan telah dialihkan selepas kemalangan.

Katanya, mayat lelaki itu dihantar untuk menjalani bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar manakala keretanya dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis,” ujarnya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak