Bakal guru perlu semai perpaduan demi kebaikan generasi akan datang – Fadhlina

NILAI Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan bakal guru supaya menjadi ejen perpaduan dan menolak sebarang fahaman yang menyemai kebencian kaum serta agama demi memastikan keharmonian negara terus terpelihara.

Beliau berkata, Malaysia dibina atas asas perpaduan, toleransi dan saling menghormati yang sekian lama menjadi tunjang kepada keamanan serta kestabilan negara.

“Semoga anak-anak IPG (Institut Pendidikan Guru) menjadikan panduan pesanan penting YAB Perdana Menteri untuk mereka tekun belajar dan menguasai cabang ilmu baharu serta pada masa yang sama terus mengakar ke bumi.

“Apa sahaja yang ingin dilakukan mesti berpaksikan kepada agama, tradisi, budaya dan nilai-nilai kemanusiaan,” kongsinya di media sosial pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengisian program Temu Anwar bersama pelajar dan pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Anwar menjelaskan bahawa rakyat tidak boleh berpegang kepada fahaman dan mentaliti ‘zero-sum game’ yang merosakkan dengan menyemai kebencian kaum dan agama.

Ujar Perdana Menteri lagi, negara kini berada pada landasan tepat untuk terus berkembang maju dengan prestasi ekonomi yang ampuh serta keadaan negara yang aman dan stabil.

Justeru, semua pihak mesti berani berubah dan meneruskan agenda reformasi untuk menjadikan Malaysia yang lebih hebat.

Dalam pada itu, Fadhlina berharap pelajar IPG menjadikan pesanan Perdana Menteri sebagai panduan untuk terus menimba ilmu, menguasai bidang baharu serta kekal berpegang kepada nilai agama, tradisi, budaya dan kemanusiaan.

Menurutnya, bakal guru memikul amanah besar untuk membentuk generasi masa depan negara melalui pendidikan yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, malah membina sahsiah, perpaduan dan jati diri.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014