Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa pendekatan politik Pas lebih menyerupai prinsip Machiavellian, bukannya berteraskan Islam.

Prinsip Machiavellian merujuk kepada pendekatan politik yang menghalalkan cara demi mencapai dan mengekalkan kuasa.

Menurutnya, ia dibuktikan melalui beberapa tindakan parti itu sepanjang kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) mencerminkan amalan politik yang mengutamakan pencapaian matlamat tanpa mengira prinsip sepatutnya menjadi pegangan.

“Melengah-lengahkan persiapan PN untuk PRN Johor dan Negeri Sembilan atas tujuan tertentu, serta muslihat ‘menyingkirkan’ Bersatu daripada PN bukan cara Islam, tetapi cara Pas,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Jumaat.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Khamis mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, sekali gus mengesahkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) apabila melengkapkan jumlah keseluruhan 36 kerusi di negeri itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengakui sedang mengadakan rundingan dengan gabungan berkenaan dan perbincangan antara kedua-dua pihak sedang berjalan serta menunjukkan perkembangan yang positif.

Perkembangan terbaharu mengundang kritikan dalam kalangan pemimpin Bersatu yang juga rakan parti komponen dalam gabungan PN hingga memaksa parti dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk bertanding dengan menggunakan logonya sendiri pada PRN Negeri Sembilan kali ini.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, tindakan yang dibuat Pas itu tidak mencerminkan prinsip dibawa parti itu.

“Apabila matlamat menghalalkan apa jua cara, itu bukan nilai yang diajarkan oleh Islam, tetapi amalan politik Machiavellian,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014