Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

KANGAR – Seorang subkontraktor didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas enam pertuduhan termasuk menjalankan urus niaga haram serta memiliki pelbagai senjata api, senjata tiruan dan peluru.

Tertuduh, Yeong Kok Hoong, 54, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid dan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa menjalankan urus niaga tiga senjata api jenis CZ750 D, Stoeger STR-9 dan Cougar 8000 FT di sebuah rumah di Jalan Repoh, Taman Repoh kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 8 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 40 tahun dan minimum enam sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa memiliki tanpa kebenaran sah selaras senjata airsoft Rifle Tact 4.5 milimeter (mm), sebuah pistol airsoft 4.5mm serta tujuh pistol airsoft 4.5mm yang diklasifikasikan sebagai senjata tiruan.

Dia turut didakwa memiliki 85 butir peluru RC2 Competition, enam butir peluru Bornaghi, 121 butir peluru Remington serta 6,886 kelongsong peluru 9mm, 1,503 kelongsong peluru .22 dan 550 kelongsong peluru .38 tanpa kebenaran sah.

Pertuduhan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 8(a) dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabila Ahmad Poad manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Yi Jie.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa memiliki pistol airsoft termasuk jenis Taurus, satu komponen recoil spring dan satu aksesori kelopak airsoft tanpa kebenaran sah.

Dia turut didakwa memiliki selaras senjata shotgun di sebuah rumah di Lorong 11, Taman Utara Jaya, Kuala Perlis kira-kira pukul 3.30 petang pada tarikh sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi manakala tertuduh diwakili peguam, Asmaniza Abdullah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Posts

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menasihati rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles