Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

PUTRAJAYA- Kadar inflasi Malaysia menyederhana sedikit kepada 1.9 peratus pada Jun 2026 berbanding 2.0 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Jabatan Perangkaan (DOSM) berkata, perkembangan itu menyaksikan mata indeks bagi Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.1 daripada 134.5 pada bulan Jun tahun lalu.

“Penyederhanaan inflasi pada Jun 2026 disumbangkan terutamanya oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat lebih perlahan pada kadar 2.8 peratus berbanding 3.8 peratus pada bulan sebelumnya.

“Turut mencatatkan peningkatan lebih perlahan ialah kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan serta pendidikan yang masing-masing merekodkan kenaikan kepada 3.4 peratus dan 2.1 peratus.

“Sebaliknya, beberapa kumpulan utama lain mencatatkan peningkatan termasuk insurans dan perkhidmatan kewangan kepada 5.7 peratus serta restoran dan perkhidmatan penginapan pada kadar 2.6 peratus,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Menurut DOSM, secara keseluruhan sebanyak 65.1 peratus atau 373 daripada 573 item yang dipantau merekodkan kenaikan harga dengan majoritinya mencatatkan peningkatan kurang atau sama dengan 10 peratus.

“Bagi kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang wajaran terbesar iaitu 29.8 peratus, kadar inflasi kekal pada 1.4 peratus dipengaruhi oleh subkumpulan makanan di luar rumah pada kadar 2.4 peratus dan makanan di rumah pada 0.5 peratus.

“Kelas perbelanjaan daging pula meningkat kepada 1.5 peratus berbanding 0.2 peratus pada Mei 2026, yang mana daging ayam segar mencatatkan kenaikan 1.2 peratus dengan purata harga ayam standard pada RM10.77 sekilogram berbanding RM10.57 pada Jun tahun lalu.

“Bagi pergerakan harga bahan api, purata harga petrol tanpa plumbum RON97 didapati menurun kepada RM4.33 seliter berbanding RM4.81 seliter pada Mei, manakala purata harga diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan RM4.50 seliter berbanding RM5.01 seliter pada bulan sebelumnya,” katanya.

Katanya lagi, sebanyak tujuh negeri mencatatkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional antaranya Pahang (2.6 peratus), Johor (2.5 peratus), Negeri Sembilan (2.5 peratus), Kuala Lumpur (2.2 peratus) serta Putrajaya (2.0 peratus).

Secara kumulatif bagi prestasi suku tahunan, inflasi Malaysia bagi suku tahun kedua 2026 mencatatkan peningkatan 1.9 peratus berbanding 1.6 peratus yang direkodkan pada suku tahun pertama 2026.

Related Posts

RM19.1 bilion pelaburan tahun lalu bukti keyakinan terhadap ekonomi Negeri Sembilan

SEREMBAN – Prestasi ekonomi Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, disifatkan sebagai antara yang paling konsisten di negara ini apabila berjaya membina asas ekonomi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempergiat usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup menerusi pelbagai langkah di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi menangani fenomena golongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan