Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan sepanjang sesi berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berkata, persidangan yang bermula pada 22 Jun lalu turut meluluskan beberapa usul serta membahaskan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2024.

Antara RUU yang mendapat kelulusan Dewan ialah pindaan berkaitan Pengangkutan Jalan, Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Jenayah Siber, Persaingan, Suruhanjaya Persaingan, Kawalan Padi dan Beras, Perlindungan Saksi, Profesion Kerja Sosial, Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kumpulan Wang Amanah Negara serta Statistik.

Sepanjang persidangan itu juga, Dewan Rakyat mengadakan tiga sesi penerangan menteri, satu sesi penerangan di Kamar Khas dan enam sesi penerangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan berhubung penyata yang dibentangkan.

Dalam pada itu, Johari mengingatkan Ahli Parlimen supaya melengkapkan pemeriksaan kesihatan masing-masing sebelum 30 Oktober sebagai sebahagian daripada usaha memantau tahap kesihatan wakil rakyat.

Beliau turut mengumumkan penganjuran Larian Cergas Parlimen 2026 pada 25 Julai ini yang bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara Parlimen dengan masyarakat.

Program berkenaan akan disertai Ahli Parlimen, warga Parlimen, peserta Program Parlimen Belia Malaysia serta dibuka kepada penyertaan orang ramai.

Dewan Rakyat dijangka kembali bersidang pada 5 Oktober bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Related Posts

Majikan buktikan ambil anak tempatan, jangan sampai pekerja asing nafi peluang kerja rakyat

KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan penguatkuasaan dasar pekerja asing diperketatkan dalam memastikan pengambilannya dihadkan kepada sektor yang diluluskan dan benar-benar mengalami kekurangan tenaga kerja, khususnya pekerjaan kotor, berbahaya dan sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TH laksana 76 peratus syor RCI

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) sudah melaksanakan 76 peratus daripada syor Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan dan operasinya, dengan baki pelaksanaan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerangka perundangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok