SADA perkukuh kualiti projek menerusi pendekatan ‘Value at Entry’

KUCHING – Semua agensi pelaksana projek di bawah Sri Aman Development Agency (SADA) diseru mengamalkan pendekatan Value at Entry (VAE) bagi memastikan setiap projek pembangunan yang dicadangkan benar-benar memberi impak tinggi kepada rakyat serta memenuhi keperluan sebenar masyarakat.

Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, VAE bukan lagi satu pilihan, sebaliknya telah menjadi prosedur wajib dalam penyediaan cadangan projek baharu bagi memastikan setiap perancangan dibuat secara lebih sistematik, teliti dan berasaskan data.

Menurutnya, dalam keadaan sumber kewangan yang terhad, setiap projek perlu diberi keutamaan berdasarkan impak, manfaat jangka panjang serta tahap kesediaan untuk dilaksanakan.

“Kita perlu memastikan setiap projek yang dirancang benar-benar menyelesaikan masalah masyarakat dan mampu memberikan pulangan yang berbaloi kepada kerajaan serta rakyat,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Value at Entry (VAE) bagi Projek di bawah SADA di Baitul Makmur II, Petra Jaya, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan VAE turut membantu kerajaan menilai pulangan pelaburan (ROI) sesuatu projek agar setiap dana yang dibelanjakan memberi manfaat maksimum kepada komuniti.

Tambah beliau, proses tersebut juga menekankan kepentingan kerjasama dan libat urus awal antara agensi pelaksana dengan agensi teknikal bagi mengelakkan kelewatan, pembaziran serta kegagalan projek ketika pelaksanaan.

Rohani berkata, komitmen tinggi yang ditunjukkan semua peserta sepanjang bengkel membuktikan kesungguhan agensi pelaksana dalam menghasilkan cadangan projek yang lebih berkualiti dan berimpak tinggi kepada pembangunan Bahagian Sri Aman.

Mengulas lanjut, Rohani menambah, setiap cadangan projek yang dikemukakan perlu menyumbang kepada pembangunan mampan Bahagian Sri Aman selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Beliau berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek yang lebih berkualiti, berimpak tinggi serta memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyampaikan amanat Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh yang menegaskan supaya semua agensi mempercepatkan pelaksanaan projek demi memastikan kemudahan dapat dimanfaatkan rakyat selain merancakkan pembangunan sosioekonomi, khususnya di kawasan luar bandar.

Mahra berkata, kelewatan pelaksanaan projek bukan sahaja meningkatkan kos kepada kerajaan dan kontraktor, malah boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Sehubungan itu, semua agensi pelaksana diminta menterjemahkan hasil bengkel kepada tindakan segera serta memperkukuhkan kerjasama bagi memastikan projek SADA dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24