AI ibarat pisau, mampu beri ancaman jika tidak dimanfaat dengan betul – Premier Sarawak

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) boleh dimanfaatkan oleh manusia dalam membantu kehidupan harian seperti melaksanakan tugas, namun berisiko mendatangkan kemudaratan jika digunakan secara salah.

Katanya, perkembangan pesat teknologi digital AI telah mengubah landskap media serta menuntut pengamal media lebih beretika dan berwaspada dalam menyampaikan maklumat.

“Pengaruh platform digital dan AI bukan sahaja mempercepat penyebaran maklumat, malah turut meningkatkan risiko penyebaran berita palsu serta kandungan manipulasi seperti deepfake.

“AI perlu dimanfaatkan secara bertanggungjawab kerana teknologi itu mampu memberi manfaat besar kepada masyarakat, namun boleh memberi kesan negatif jika digunakan tanpa berpandukan nilai etika,” katanya ketika merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMEC) Ke-3 di sini, hari ini.

Ujar Abang Johari, media harus memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti, selain membantu masyarakat memahami perkembangan pembangunan di Sarawak serta Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat perlu mempunyai keupayaan untuk menilai secara kritis setiap maklumat yang diterima kerana kemajuan teknologi turut membuka ruang kepada penyebaran maklumat palsu dan kandungan manipulasi seperti ‘deepfake’.

Beliau turut berharap persidangan media kali ini menjadi ruang cetusan idea baharu bagi memperkukuh peranan media dalam mendepani cabaran era digital.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis