Sarawak Space Challenge 2026, perkukuh pembangunan bakat STEM generasi muda

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sarawak Space Challenge 2026 yang berlangsung di Swinburne University of Technology Sarawak Campus pada Rabu.

Program berprestij itu menghimpunkan pelajar, pendidik, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan rakan industri dalam usaha memperkasa pembangunan bakat muda melalui penerokaan bidang sains angkasa, inovasi dan teknologi.

Penganjuran Sarawak Space Challenge 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh ekosistem pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), selaras dengan agenda memperkasakan inovasi, penyelidikan dan pembangunan bakat yang menjadi antara keutamaan negeri.

Menurut beliau, program ini turut menyediakan platform kepada pelajar untuk meneroka dunia sains angkasa melalui pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan, pembelajaran interaktif, penyelesaian masalah serta aplikasi teknologi.

“Pendekatan ini diharap dapat meningkatkan minat generasi muda terhadap bidang sains dan teknologi, di samping membentuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif”, katanya.

Selain memberi pendedahan kepada teknologi angkasa lepas, Sarawak Space Challenge 2026 turut menggalakkan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan sektor industri dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing serta bersedia menghadapi keperluan ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian 4.0.

Penganjuran program ini juga selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 melalui pembangunan modal insan yang berkualiti, berkemahiran tinggi dan berorientasikan teknologi.

Sarawak terus memberi penekanan terhadap pembangunan bakat dalam bidang STEM sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan, inovasi dan teknologi, sekali gus menyokong agenda transformasi digital negeri serta memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab inovasi di rantau ini.

Majlis itu turut dihadiri wakil daripada I-CATS University College, Swinburne University of Technology Sarawak Campus, OCI TerraSus Sdn. Bhd. selaku penaja, rakan-rakan kolaborasi, guru-guru dan pelajar dari pelbagai institusi pendidikan.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok