Festival Bahasa dan Sastera perkasa bahasa kebangsaan, tingkatkan jati diri pelajar

SIBU – Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Sarawak 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh penguasaan bahasa kebangsaan serta memupuk jati diri dalam kalangan generasi muda. Penganjuran festival itu turut mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam melahirkan pelajar yang mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik di samping menghayati nilai perpaduan melalui kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, bahasa bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya menjadi wahana penyatuan masyarakat serta cerminan jati diri sesebuah bangsa yang perlu terus dipelihara dan diperkasakan.

“Usaha membina Sarawak yang maju tidak hanya bergantung kepada pembangunan ekonomi dan fizikal, malah perlu disokong oleh masyarakat yang mempunyai jati diri kukuh, saling menghormati serta menghargai kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Katanya, bahasa kebangsaan memainkan peranan penting sebagai bahasa perpaduan yang menghubungkan masyarakat berbilang kaum ke arah pembentukan sebuah negeri yang harmoni dan sejahtera”.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek pada Majlis Penangguhan Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Sarawak 2026 di Wisma Huawen Du Zhong, Sibu pada Khamis.

Tambah beliau, penganjuran pertandingan seperti pidato, deklamasi sajak, forum pelajar dan bercerita merupakan pendekatan berkesan dalam mencungkil bakat generasi muda khususnya pelajar sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah menengah persendirian Cina. Selain meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan, penyertaan dalam pertandingan tersebut turut membentuk keyakinan diri, kemahiran berhujah, kreativiti serta pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.

Beliau turut menyeru semua pihak agar terus memberikan sokongan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan. Menurutnya, kerjasama berterusan daripada semua pihak amat penting bagi memastikan bahasa kebangsaan kekal relevan dan terus menjadi warisan yang dibanggakan oleh generasi akan datang.

Pada majlis tersebut, Sekolah Menengah Jalan Riam muncul johan Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Sarawak 2026 (Zon F), manakala Sekolah Menengah Chung Hua No.1 meraih naib johan dan Sekolah Menengah Kai Dee di tempat ketiga. Elena Sim Jia Ying dari Sekolah Menengah Jalan Riam dinobatkan sebagai Pengerusi Terbaik, manakala Oscar Ong Kang Heng dari sekolah yang sama menerima anugerah Ahli Panel Terbaik. Anugerah Kategori Khas pula disampaikan kepada Sekolah Menengah Awam Serian, Sekolah Menengah Ming Lik Sarikei dan Sekolah Menengah Min Lit Batu Kawa.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam