Selangor arah tutup, rampas aset premis terkait GISB Holdings

PUTRAJAYA – Kerajaan Selangor mengambil tindakan mengarahkan semua premis GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu ditutup berkuat kuasa serta-merta dan merampas segala aset syarikat berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau sendiri akan mengumumkan pada Rabu ini jumlah keseluruhan premis, termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISBH di negeri itu.

“Rumah pelindungan yang ada kaitan dengan GISBH memang kita arah tutup serta-merta termasuk sekolah agama.

“Itu memang tindakan segera yang sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan polis. Kalau ada lagi maklumat-maklumat kita akan pergi (serbu dan tutup),” katanya selepas melancarkan Rumah Idaman, Putra Idaman dan majlis pecah tanah Saujana Idaman dekat Cyberjaya, hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan membantu kanak-kanak dikaitkan dengan GISBH dalam pelbagai aspek, terutama dalam hal berkaitan pendidikan.

“Saya juga nak tengok pada hari Isnin nanti nasib anak-anak (GISBH) yang tidak bersekolah ataupun yang ditahan oleh pihak berkuasa sekarang.

“Isunya (adalah) isu pendidikan dan masa depan mereka yang penting, kerajaan negeri akan cuba bantu nanti sebab itu keutamaan kita,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu GISBH dipercepatkan.

Pada 11 September lalu, menerusi Op Global, polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa diselamatkan.

Related Posts

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

TAWAU – Polis menahan 14 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar dipercayai menggunakan senjata yang tular di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara, di sini, Selasa lepas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

GEORGE TOWN – Pulau Pinang kembali dilanda jerebu apabila tiga daripada empat stesen pemantauan kualiti udara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, pagi ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM