Anwar gesa isu institusi diraja tidak dijadikan modal politik PRN

KUALA PILAH – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu berkaitan institusi diraja sebagai modal politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Beliau berkata, kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat dan Tuanku Besar Tampin perlu dihormati serta tidak wajar diheret ke gelanggang politik kepartian.

Menurur Anwar, institusi diraja merupakan salah satu tonggak penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipelihara berdasarkan hukum, undang-undang dan perlembagaan negara.

“Sistem negara kita, apalagi kedudukan saya, mesti memuliakan sistem diraja. Sistem raja ini sistem yang terbahagi, yang menjadi salah satu tonggak perlembagaan negara kita.

“Jadi apa keputusan kita mesti berlandaskan hukum, perlembagaan, undang-undang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 di sini, hari ini.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memilih untuk mengadakan pilihan raya lebih awal perlu dilihat dalam kerangka sistem sedia ada dan bukannya dijadikan polemik politik.

Katanya, segala keputusan berkaitan institusi diraja perlu dibuat dengan penuh hormat terhadap kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Anwar berkata, hubungan antara Menteri Besar dengan institusi diraja perlu berjalan mengikut sistem yang ditetapkan, termasuk kewajipan Menteri Besar menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dalam urusan pentadbiran harian.

Menurutnya, kestabilan institusi diraja perlu dipelihara kerana Malaysia merupakan antara negara yang masih mengekalkan sistem beraja selepas hampir 70 tahun mencapai kemerdekaan.

“Melantik raja dan menurunkan raja adalah sesuatu yang sangat penting. Boleh merombak keyakinan rakyat kepada sistem beraja.

“Negara sudah merdeka hampir 70 tahun. Tapi inilah satu-satunya negara yang masih pertahankan sistem beraja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak menggunakan isu berkaitan institusi diraja dalam kempen pilihan raya kerana perkara itu tidak sepatutnya dijadikan polemik politik.

“Saya nak nasihatkan kawan-kawan saya daripada parti-parti lain, jangan gunakan isu ini, kerana isu ini tidak relevan dalam pilihan raya.

“Bukan masalah saya bimbang atau takut, tapi saya rasa tugas kita mesti pertahankan sistem beraja dan perlembagaan negara,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014