PH tekad pastikan pembangunan dinikmati seluruh Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Pakatan Harapan (PH) beriltizam memastikan agenda pembangunan Negeri Sembilan terus diperkasakan secara menyeluruh sehingga memberi manfaat kepada rakyat di setiap daerah, sekiranya diberi mandat untuk meneruskan pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kesinambungan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan menjadi pemangkin utama dalam mempercepat pelaksanaan pelbagai projek pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Saya yakin jika PH menang nanti, kita akan dapat banyak lagi manfaat di negeri ini.

“Bukan sahaja di kawasan Seremban, tetapi kita yakin ia akan sampai ke Kuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Tampin untuk kita bangunkan negeri yang kita cintai,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan Ke-16 di sini, hari ini.

Beliau berkata, sokongan padu daripada Kerajaan Persekutuan amat penting bagi membolehkan lebih banyak inisiatif pembangunan dilaksanakan, sekali gus memastikan setiap daerah menikmati limpahan kemajuan secara seimbang.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh jentera PH supaya menggandakan usaha sepanjang tempoh berkempen selain menyeru pengundi di dalam dan luar Negeri Sembilan supaya memberikan sokongan kepada gabungan itu bagi membolehkan kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan dasar serta perancangan pembangunan untuk tempoh lima tahun akan datang.

Aminuddin mula mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

Dalam pilihan raya itu, beliau memperoleh 6,036 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 499 undi.

Beliau terus mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU13 apabila meraih 8,584 undi sekali gus mencatat majoriti 510 undi.

Pada PRU14, Aminuddin memperkukuh kedudukannya apabila memenangi pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 3,413 undi selepas memperoleh 9,832 undi, menewaskan calon BN dan PAS.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, beliau sekali lagi mengekalkan penguasaan di DUN Sikamat apabila memperoleh 12,730 undi untuk menang dengan majoriti 2,662 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN) serta dua calon Bebas.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam