Anwar mohon DAP Melaka tangguh keputusan keluar kerajaan negeri

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan untuk keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan tumpuan dapat terus diberikan kepada agenda pembangunan dan kebajikan rakyat.  

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sambil berharap semua pihak meneruskan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.  

Menurut Anwar, beliau telah meminta semua pihak supaya menangguhkan terlebih dahulu keputusan berkenaan agar kerjasama dalam kerajaan negeri dapat diteruskan sehingga pilihan raya akan datang.

“Saya sudah cakap dengan Anthony Loke, DAP Melaka dan juga Ketua Menteri supaya mereka runding dahulu… tangguh sekejap supaya kita boleh buat kerja dengan kerajaan negeri sehingga pilihan raya,” katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelabuhan Midport – Pelabuhan Kontena Pintar berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Selasa.  

Anwar turut menjelaskan bahawa perbezaan pandangan dalam gabungan kerajaan merupakan perkara biasa, namun ia tidak seharusnya menjejaskan usaha membangunkan negeri dan menjaga kepentingan rakyat.  

Terdahulu, DAP Melaka mengumumkan keputusan untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri yang membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.  

Keputusan itu dibuat selepas semua lima ADUN Pakatan Harapan membantah rang undang-undang berkenaan, namun pindaan tersebut tetap diluluskan dengan sokongan 23 ADUN kerajaan.  

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam