Warga emas dituduh edar fentanyl berdepan hukuman mati

KANGAR – Seorang warga emas berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 39.9 liter dadah berbahaya jenis fentanyl pada awal bulan ini.

Tertuduh, Him Mat, 65, yang bekerja kampung hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor.

Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa mengedar dadah berbahaya jenis fentanyl seberat 39.9 liter di sebuah rumah di Lot 896-D, Jalan Panggas, Kampung Guar Musang, Bukit Keteri, Padang Besar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 5.50 petang pada 1 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, tertuduh turut boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan pertuduhan tersebut tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Media pada 7 Julai lalu melaporkan polis Perlis merampas katrij vape dipercayai mengandungi dadah jenis fentanyl bernilai RM34.31 juta dalam beberapa serbuan berasingan serta menahan beberapa individu di sekitar Padang Besar dan Arau.

Related Posts

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menasihati rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles