Ahmad Shabery tamat khidmat Pengerusi FELDA

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memaklumkan tempoh perkhidmatan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi telah berakhir pada 30 Jun lalu.

FELDA dalam satu kenyataan berkata, sepanjang menerajui organisasi ini, Ahmad Shabery menggerakkan pelbagai inisiatif penting bagi menyokong agenda pengukuhan dan transformasi FELDA.

Katanya, ia merangkumi usaha memperkasakan tadbir urus korporat, membina kerjasama strategik, serta meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap FELDA.

“Pihak pengurusan dan seluruh warga FELDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas segala jasa, sumbangan, dan kepimpinan cemerlang beliau.

“Semoga asas kukuh yang dibina akan terus memacu kemajuan dan kelestarian FELDA pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Ahmad Shabery dilantik sebagai Pengerusi FELDA pada 1 Julai 2023.

Pelantikan beliau diumumkan FELDA pada 28 Jun 2023, menggantikan Tan Sri Idris Jusoh yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 30 Jun 2023.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar