KPDN Perak sita 80 tong LPG disyaki lebih had lesen

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 80 tong gas petroleum cecair (LPG) seberat 14 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM8,528 selepas dikesan disimpan melebihi had yang dibenarkan di sebuah kedai runcit di Batu Kurau, dekat sini, pada Isnin.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, rampasan itu dibuat menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Cawangan Taiping kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati premis terbabit menyimpan barang kawalan iaitu LPG 14kg sebelum notis di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pemilikan bekalan tersebut.

“Maklum balas yang diterima mendapati premis berkenaan memiliki lesen menjual barang kawalan secara runcit serta menyimpan bekalan semasa LPG sebanyak 1,120kg.

“Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati kuantiti simpanan itu melebihi had yang dibenarkan mengikut syarat lesen perniagaan premis terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, susulan itu KPDN menyita kesemua 80 tong LPG bersama dokumen berkaitan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kamalludin berkata, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala pertubuhan atau perbadanan boleh didenda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada KPDN berhubung sebarang kegiatan penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi membantu membanteras ketirisan subsidi kerajaan.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam