Balai polis cemas, wanita bawa bom mortar

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri dikejutkan dengan penemuan dua objek menyerupai bom ketika mengemas stor rumah keluarganya di Taman Bagan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang hadir ke Balai Polis Butterworth dengan membawa kedua-dua objek berkenaan yang ditemui di dalam stor rumah mendiang bapanya.

Katanya, siasatan awal mendapati objek tersebut ditemui ketika keluarga berkenaan mengemas stor yang menyimpan pelbagai barangan lama milik mendiang bapanya yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

“Rumah berkenaan sebelum ini didiami ibu dan bapa wanita itu yang masing-masing berusia sekitar 60-an.

“Stor tersebut dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan lama sejak kira-kira 20 tahun lalu dan rumah itu tidak lagi didiami selepas kematian bapanya,” katanya.

Menurut Anuar, saksi juga memaklumkan mereka tidak mengetahui kewujudan objek menyerupai bom tersebut sebelum ia ditemui ketika kerja-kerja mengemas dijalankan.

Jelasnya, pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang mengesahkan kedua-dua objek itu ialah bom mortar latihan milik tentera yang tidak mengandungi bahan letupan serta tidak mendatangkan sebarang bahaya.

“Objek berkenaan telah diserahkan kepada UPB untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut,” ujarnya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam