Pendidikan politik kunci lahirkan rakyat berfikiran matang – Prof Tajuddin

PENDIDIKAN politik perlu diperkasakan bagi melahirkan masyarakat yang lebih matang dalam menilai perkembangan semasa serta membuat keputusan berdasarkan kefahaman, bukan semata-mata dipengaruhi sentimen atau identiti kelompok.

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Prof Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi berkata, proses perubahan pemikiran masyarakat memerlukan masa serta pendekatan berhemah kerana tidak boleh dilakukan secara mendadak.

Beliau berkata, masyarakat perlu diberi pendedahan mengenai asas politik, demokrasi dan realiti pembentukan kerajaan supaya mereka dapat memahami kepentingan kerjasama antara parti.

“Perubahan sikap masyarakat tidak boleh berlaku secara tiba-tiba. Kita perlu mendekati mereka dengan berhati-hati dan mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan realiti politik serta masyarakat.

“Kita tidak boleh membuang terus cara lama dan memaksa semua orang menerima pendekatan baharu,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cabaran dalam usaha mengubah persepsi sebahagian masyarakat terhadap landskap politik negara.

Menurut Mohamad Tajuddin, berdasarkan pemerhatiannya lebih 20 tahun, masih terdapat masyarakat yang membuat pilihan politik berdasarkan sentimen tertentu tanpa memahami secara mendalam isu, dasar dan strategi politik.

Katanya, keadaan itu menunjukkan keperluan untuk memperkukuh pendidikan politik dalam kalangan rakyat.

“Saya melihat pendidikan politik sangat penting supaya masyarakat tidak terperangkap dalam satu cara berfikir sahaja. Mereka perlu mampu menilai sesuatu perkara secara kritikal dan memahami bahawa politik melibatkan strategi, kerjasama serta realiti masyarakat,” katanya.

Mengulas mengenai kecenderungan politik dalam kalangan masyarakat Melayu, beliau berkata sebahagian daripada mereka masih mempunyai pandangan konservatif yang dipengaruhi oleh persekitaran sosial dan tahap pendedahan kepada maklumat.

Katanya, apabila masyarakat kurang didedahkan kepada perbincangan politik yang luas, mereka lebih mudah melihat sesuatu isu berdasarkan kelompok tertentu.

“Apabila kita hanya melihat sesuatu berdasarkan kumpulan, kita tidak lagi menilai seseorang sebagai individu. Pendidikan penting untuk membuka ruang kepada masyarakat memahami perbezaan pandangan,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat juga perlu memahami bahawa agama dan politik mempunyai ruang perbincangan yang berbeza, selain tidak menjadikan perbezaan pandangan politik sebagai punca perpecahan.

Mengulas sejarah perkembangan politik negara, Mohamad Tajuddin berkata, proses Islamisasi politik sejak era 1970-an turut mempengaruhi cara masyarakat Melayu melihat hubungan antara agama dan politik.

Katanya, pelbagai gerakan dan tokoh politik ketika itu membawa pendekatan baharu yang mengaitkan Islam dengan kehidupan sosial serta politik negara.

“Namun, masyarakat juga perlu dididik untuk memahami demokrasi secara matang supaya mereka dapat membezakan antara nilai agama, pentadbiran negara dan persaingan politik,” katanya.

Beliau berkata, pendidikan politik yang baik mampu membantu rakyat membuat pilihan berdasarkan fakta, kemampuan pemimpin serta dasar yang ditawarkan, bukannya hanya dipengaruhi emosi atau sentimen tertentu.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam