Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempergiat pelaksanaan pelbagai langkah strategik bagi memperkukuh sistem agromakanan negara sebagai persediaan menghadapi cabaran gangguan rantaian bekalan global, perubahan iklim, konflik geopolitik serta krisis makanan antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030) yang menjadi kerangka utama dalam meningkatkan daya tahan sektor agromakanan negara.

“Antara langkah dilaksanakan termasuk pemantauan paras air empangan secara berkala, Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan kritikal, penggunaan telaga tiub bagi sektor tanaman serta penanaman padi secara tabur kering bagi menjimatkan penggunaan air ketika fenomena El Nino.

“Kerajaan turut melaksanakan pengecualian sementara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas baja pertanian terpilih bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027, menaikkan kadar Insentif Pembajakan kepada RM300 sehektar serta mengekalkan subsidi diesel nelayan pada kadar RM1.65 seliter bagi menjamin kapasiti pengeluaran agromakanan tempatan.

“Selain itu, penggunaan varieti padi rintang kemarau seperti MR380, MR381 dan MR382 diperluaskan, selain menggalakkan amalan pengurusan air di ladang melalui kaedah Alternate Wetting and Drying (AWD) serta System of Rice Intensification (SRI),” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Tan Kok Wai (PH-Cheras) berhubung persediaan kerajaan dalam menangani gangguan rantaian bekalan global, perubahan iklim, konflik geopolitik serta krisis makanan antarabangsa.

Mohamad berkata, sebagai langkah mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import, kerajaan menyasarkan pembangunan penanaman jagung bijian secara berskala besar menjelang 2040 dengan sasaran pengeluaran sebanyak 1.25 juta tan metrik, bersamaan 30 peratus daripada keperluan domestik.

Beliau berkata, kementerian juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Baja dan Rang Undang-Undang Keterjaminan Makanan Negara bagi memperkukuh aspek kawal selia sektor agromakanan.

“Antara cadangan utama ialah penubuhan stok penimbal baja serta kawalan kerajaan terhadap bekalan baja dalam negara bagi menghadapi gangguan rantaian bekalan akibat krisis geopolitik, bencana alam, pandemik atau ketidaktentuan pasaran,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, kerjasama Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pertanian moden terus diperkukuh melalui penyelidikan, teknologi dan inovasi menerusi kerjasama antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).

Katanya, kerjasama berkenaan dilaksanakan melalui program pembangunan kapasiti seperti Borlaug Fellowship Program dan USDA Foreign Agricultural Service Scientific Exchanges Program yang memberi penekanan kepada pemindahan teknologi, peningkatan kompetensi saintifik serta pengukuhan rangkaian penyelidikan antarabangsa.

Beliau berkata, AS menerusi US-ASEAN Business Council turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam memperkukuh ekosistem keterjaminan makanan, pembangunan pertanian mampan, pertanian regeneratif, rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan serta pelaburan dalam sektor agromakanan.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan