SPRM kemuka enam syor perkukuh tatakelola bantuan rumah ibadat bukan Islam

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan enam syor penambahbaikan tatakelola pengurusan dan penyaluran bantuan kewangan bagi inisiatif penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Syor itu dibentangkan oleh SPRM Negeri Sembilan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT, Zulkeflee Sulaiman yang mewakili Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Dr. M. Noor Azman Taib, dalam satu sesi pembentangan di Putrajaya pada Isnin.

Cadangan berkenaan dikemukakan susulan siasatan tatakelola yang mendapati beberapa rumah ibadat bukan Islam gagal melaksanakan projek penyelenggaraan walaupun telah menerima peruntukan daripada KPKT.

“Antara syor utama ialah penambahbaikan Garis Panduan KPKT dengan menetapkan syarat bahawa setiap rumah ibadat yang memohon bantuan mesti berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) atau diiktiraf sebagai pertubuhan RIBI yang sah mengikut peruntukan undang-undang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut mencadangkan supaya permohonan pelanjutan tempoh pelaksanaan projek (Extension of Time atau EOT) hanya diluluskan bagi kes luar jangka yang mempunyai justifikasi munasabah.

Selain itu, prosedur khusus disyorkan bagi mengurus pemulangan dana bantuan yang tidak dibelanjakan atau sekiranya penerima didapati melanggar syarat permohonan.

Bagi memperkukuh pemantauan, SPRM mencadangkan penyediaan borang perincian kerja pembaikan yang lebih komprehensif, selain memperkenalkan borang laporan pemantauan fizikal di tapak oleh Pasukan Teknikal yang disertakan dengan dokumentasi bergambar sebagai bukti lawatan.

Zulkeflee menyambut baik semua syor yang dikemukakan dan menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh integriti, tatakelola serta kawalan dalaman kementerian.

Related Posts

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasat dalang boloskan PATI, kebocoran di hulu perlu diutamakan

PUTRAJAYA – Keperluan agar budaya hanya menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah berada dalam negara tanpa menutup kebocoran di pintu masuk dihentikan dengan kadar segera. Presiden Pemerhati Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam