Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

LONG LAMA – Penganjuran Program Ngiling Bidai 2026 dan penyerahan bantuan bakul makanan menjadi platform terbaik memperkukuh kerjasama kerajaan, sektor korporat serta komuniti bagi merancakkan pembangunan sosioekonomi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau berkata, sinergi erat tersebut amat penting bagi memastikan keperluan mendesak rakyat terutama di kawasan pedalaman ditangani dengan pantas.

Menurutnya, kekangan sumber serta tempoh pelaksanaan projek kerajaan yang mengambil masa menjadikan sokongan berterusan daripada sektor industri sangat diperlukan sebagai pelengkap pembangunan.

“Sumbangan sektor korporat seperti pemulihan sistem tenaga solar di Kampung Long Tap contohnya, telah memberikan manfaat yang cukup besar kepada penduduk setempat untuk kembali menikmati bekalan elektrik.

“Justeru, kehadiran industri dan syarikat korporat di Telang Usan ini adalah satu kelebihan yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya melalui pelaksanaan lebih banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu pada Jumaat.

Pada masa sama, Dennis menyeru masyarakat agar sentiasa mengutamakan pendekatan perundingan dan persefahaman dalam menyelesaikan sebarang isu berbangkit bersama pihak industri.

Tegasnya, pendekatan konfrontasi perlu dielakkan sama sekali kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian yang telah terjalin.

“Hubungan yang harmoni mampu membuka lebih banyak peluang untuk pelaksanaan pelbagai program CSR, pembangunan infrastruktur serta bantuan kebajikan pada masa hadapan,” ujarnya.

Terdahulu, program yang menjadi simbol perpaduan masyarakat majmuk itu turut menyaksikan sebanyak 100 bakul makanan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan.

Penerima sumbangan kebajikan tersebut terdiri daripada 58 orang dari Daerah Telang Usan dan 42 penduduk dari Daerah Kecil Tinjar.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti