BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

JOHOR BAHRU –  Barisan Nasional (BN) memenangi 29 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, sekaligus memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jumlah 29 kerusi yang dimenangi BN itu juga melebihi 50 peratus daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

“Bagi keseluruhan pengundian sehingga pukul 10.32 malam, BN telah memenangi sejumlah 29 kerusi daripada 56 kerusi yang diperuntukkan

“Dengan ini telah berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya pada sidang media, pada Sabtu.

Dalam masa sama, Ramlan turut memaklumkan bahawa PRU Dewan Negeri Johor ke-16 berjalan dengan baik dan lancar.

BN memenangi kerusi DUN Kukup, Machap, Sedili, Bekok, Tenggaroh, Benut, Pekan Nanas, Penawar, Pasir Raja, Bukit Permai, Yong Peng, Rengit, Bukit Kepong, Pulai Sebatang, Johor Lama dan Buloh Kasap.

Gabungan itu juga berjaya memenangi DUN Gambir, Mahkota, Bukit Pasir, Permas, Parit Raja, Parit Yani, Layang-Layang, Tanjung Surat, Tiram, Tangkak, Panti, Kota Iskandar dan Endau.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) setakat ini memenangi dua kerusi iaitu DUN Bentayan dan Mengkibol.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor